TokPa : Orang Kampung

Penulis tertarik untuk berkongsi dengan semua, siapa Mustapha Mohamed (a.k.a Tokpa). Penulisan ini adalah dari perspektif peribadi penulis sebagai orang kampung yang tinggal sekampung dengan TokPa. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Bachok, Kelantan. Bapa TokPa adalah iman masjid, sekaligus guru agama. Ibunya seorang guru mengaji (Al-Quran). Penulis percaya bahawa faktor ibu-bapanya inilah yang telah membentuk karektor TokPa yang sedemikian. Memadai dengan mengambil satu contoh. Lazimnya TokPa akan mengadakan rumah terbuka di rumah kampung asalnya (iaitu bukannya di kawasan parlimen yang diwakilinya) pada setiap kali Aidilfitri. Rumah ibubapanya terletak di pinggir jalan. Bila tiba waktu jamuan, beliau sendiri akan menunggu, menjemput dan mempersilakan setiap tetamu menjamu selera. Kebanyakan orang kampung (Kelantan) yang datang, hanya dengan berselipar jepun, berkain pelikat, berbaju putih tanpa kolar dan bersemutar (sejenis ikat kepala menggunakan kain batik "lepas") hadir ke jamuan tersebut. Ada di kalangan mereka datang sambil menghulur sampul surat. Sampul surat diterima sendiri oleh TokPa, sebelum dimasukkan sendiri ke dalam kotak dalam bonet keretanya yang tersedia terbuka. Tidak ada pembantu peribadi TokPa yang "menyibuk-nyibuk" membelek dulu sampul surat yang dihulur. (Semua surat itu mengandungi permohonan bantuan dan sokongan). Pernah TokPa memayungkan sendiri seorang penduduk kampung yang tiba ke jamuannya, ketika itu hujan sangat lebat. Kalau dilihat kepada TokPa sendiri pula, beliau hanya berkain pelikat, berbaju Melayu dan bersongkok sahaja. Relaks dan santai. Inilah bezanya TokPa dengan pemimpin-pemimpin lain. Itulah TokPa, seorang "orang kampung". [Catatan : TokPa mendapat undian tertinggi untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi melalui Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-58]

1 comment:

Winnie said...

percaya dan setuju dgn penulis..sy sendiri berkesempatan menguruskan hospitaliti beliau semasa bertugas dgn kptm dulu..hny kami bertiga di rumah persinggahan vip pd masa tu tok pa & PA beliau..sy lgsg x rs kekok krn beliau lbh suka dilayan bkn spt vip..